DAN SALAM SEJAHTERA.SELAMAT DATANG KE BLOG NUR AMALINA ATHMAN.

-life is short,so dont hold back ,forgive like u have amnesia. believe like a kid, love like crazy n be urself-


TENTANG SUARA | AURAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pernah lihat komen2 mcm ni? Selalunya akan muncul dekat youtube. Ya, mereka bercakap tentang aurat berkaitan suara perempuan. Apa yang mereka katakan ada betulnya, suara tuu merupakan aurat wanita.

Bagus juga mereka menegur. Tapi sayangnya, mereka juga salah. Kenapa? Pasti tahu tentang adab kan? Dan juga aib orang lain. Menegur tuu biarlah dengan cara yang betul. Kamu sibuk mengkritik tentang aurat dia. Sedangkan kamu juga lupa apa yang kamu lakukan tuu salah.

Semak balik macam mana cara untuk menegur dalam islam. Dan ikhlaskah kamu dengan teguran yang kamu berikan? Jika sekadar menjatuhkan, tiada bezanya.

Dan saya berani jamin, setiap orang yang membaca penulisan saya kali ini, mesti pernah dan sedang meminati suara seorang penyanyi wanita. Jika kamu menyokong , kenapa dalam masa yang sama, kamu membangkang? Di situ, akan ada sedikit keraguan tentang teguran kamu jika kamu juga menyokong benda yang kamu anggap salah itu.

BOLEH JADI:Kalau tiada yang mendengar, mungkin tiada yang menyanyikannya..

Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tak menidakkan tentang suara yang berkaitan aurat wanita. Itu betul. Tapi, jika nak tegur. Pandang dari semua sudut dahulu. Assalamualaikum..

P/S: Terima kasih sudi membaca. Betulkan jika saya salah.



maaf jika tersalah bicara..sudilah like kalau suka entry nie..dan komen jika anda nak bgtau apa2 saja ttg blog nie..terima kasih.p/s: penceritaan adalah simpanan/rujukan untuk masa hadapan penulis

TOLONG DIRI ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Nampak chatbox kat blog ni? Kalau tak nampak sila cari okay? Kalau taknak cari buatlah apa yang patut.

Jika kamu lihat, ada isinya yang tulis lain. Tapi bila tekan link tersebut, lain yang naik. Saya percaya, kebanyakannya berunsur iklan. Setiap klik kamu dapat bayaran kan?

Tapi sayang sangat lahhh awak, setiap klik tuu jugak awak dapat balasan. Punyalah nak kejar duit2 iklan tuu, sampai awak terlupa apa balasannya jika awak menipu.

So, nak suruh orang klik iklan tuu, biar dengan kejujuran. Orang pun sakit hati tahu ditipu macam tuu.

Dan lepas ni, saya minta tolong, bukan minta tolong untuk saya. Tapi untuk diri kamu sendiri, saya tak rugi apa-apa jika saya klik link tersebut. Tapi awak? Fikir akhirat sama okay.

Jangan terlalui cintai dunia kerana itu bisa membuatkan kamu lupa akan akhirat.



maaf jika tersalah bicara..sudilah like kalau suka entry nie..dan komen jika anda nak bgtau apa2 saja ttg blog nie..terima kasih.p/s: penceritaan adalah simpanan/rujukan untuk masa hadapan penulis

LIRIK, VIDEO, DOWNLOAD MP3 TUHAN TOLONG AKU - IamNEETA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..






LIRIK:

Hancur segala kisah hidupku
Menjadi mimpi-mimpi yang tak indah
Walauu hati kecil ku menjerit
Tak mungkin mimpi menjadi milikku.

Tuhan tolong aku
Jadikan penyeri untuk dalam hidupku
Ku perlu dia ingin jadi milikku
Menjaga hatinya...ooooo..

Bukan mahu aku
Yang telah terjadi luar kuasa tanganku
Bawalah aku hingga satu persatu
Mencari hatinya...

Hilang, segala ruang hidupku
Menjadi warna-warna yang terpendam
Walau hati kecilku menjerit
Tak mungkin mimpi menjadi milikku

Tuhan tolong aku
Jadikan penyeri untuk dalam hidupku
Ku perlu dia ingin jadi milikku
Menjaga hatinya...ooooo..

Bukan mahu aku
Yang telah terjadi luar kuasa tanganku
Bawalah aku hingga satu persatu
Mencari hatinya...

Andainya aku bisa terbang
Melebarkan sayap ke sana
Dan terbang hingga ke jauh
Merentasi garis dunia...ooo..ooo

Tuhan tolong aku
Jadikan penyeri untuk dalam hidupku
Ku perlu dia ingin jadi milikku
Menjaga hatinya...ooooo..

Bukan mahu aku
Yang telah terjadi luar kuasa tanganku
Bawalah aku hingga satu persatu
Mencari hatinya...

Tuhan tolong aku...
Tuhan tolong aku...
Tuhan tolong aku..
Tuhan tolong aku.

DOWNLOAD MP3 HERE --- > 
iamNEETA - Tuhan Tolong aku (Caller Ring Tone)




maaf jika tersalah bicara..sudilah like kalau suka entry nie..dan komen jika anda nak bgtau apa2 saja ttg blog nie..terima kasih.p/s: penceritaan adalah simpanan/rujukan untuk masa hadapan penulis

 
edit and design by amalina athman.Copyright © 2010-2012 Nur Amalina Athman. All Rights Reserved. ® .